gitanjali
Published by Wan Nor Azriq,

Bagi saya terjemahan memperkayakan bahasa dan membuka kemungkinan-kemungkinan baru untuk diterokai.
Buku gitanjali mempunyai dua orang pengarang sebenarnya: Tagore sendiri dan juga Latiff Mohidin. Makna puisi-puisi ini memang lahir daripada Tagore, tetapi bahasa puisinya adalah milik Latiff. Tidak penting lagi bagaimana puisi Tagore asalnya disusun sebagai kata-kata lirik. Latiff telah menyanyikan semula emosi Tagore ke dalam bahasa kita tanpa mencemarkan langsung makna asalnya. Malah saya rasa sebenarnya terjemahan memberikan sayap baru kepada kata-kata untuk ia terbang lebih jauh, berbanding kalau ia hanya terbatas dalam satu bentuk bahasa.